Kajian ke atas golongan berusia 50-an (kalau di Malaysia golongan ni dah pencen) mendapati ada berlaku pertumbuhan sel otak apabila golongan berumur ni menggunakan internet. Golongan ni mampu membuat keputusan cepat, dan menyelesaikan masalah yg kompleks berbanding golongan yang tidak langsung menggunakan internet. Kajian ni dibuat oleh seorang Prof dari California bernama Gary Small.

Selain tu, bermain game yang baik untuk otak pun digalakkan.
Game yang menguatkan memory otak ialah seperti game sudoku, chess catur dll.

Kalau kita suka menulis, kita jugak umpama penulis buku, bila kita menulis, kita cuba berkreatif, dan mencari kelainan atau mengupas sesuatu topik dengan lebih baik..cara tak langsung, minda kita makin aktif. Chaiyok2!!




Kesan negatif pulak:
Kesan yang agak buruk pulak pada fisiologi atau fizikal, contohnya, mengadap terlalu lama di depan skrin komputer, sakit tengkuk, sakit mata, sakit belakang badan, dan sakit sendi jari .
Tu kalau obses sangat serve internet. Berapa jam kita spend time di depan pc..huhuhu!! 8jam? 18 jam? 24jam?


Yang menakutkan ada kes orang yang terpaksa dibedah jari yang rosak sendinya, atau tulang belakangnya. Teruk sangat obsesnya pada komputer.