SOALAN: SAYA ingin tahu apa yang menyebabkan jangkitan pada zakar suami. Saya menyedari selepas bersamanya seakan-akan ada jangkitan – tumbuh bintik-bintik merah. Ia selalu berlaku apabila tempoh kitar haid saya makin hampir. Adakah ini disebabkan saya?
Isteri Ingin Tahu,
Melalui e-mel
PENYAKIT kelamin atau jangkitan akibat hubungan kelamin boleh berlaku dalam hubungan kelamin tertutup (tanpa pembabitan orang ketiga) antara suami dan isteri. Justeru, kedua-dua pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajar untuk mengelakkannya daripada berulang.
Kuman, kulat dan parasit boleh hinggap di kawasan anggota sulit akibat kontaminasi dan bermaustatin di sana tanpa memberi apa-apa kesan kepada anggota sulit individu (lelaki atau perempuan) itu.
Apabila individu itu melakukan hubungan kelamin dengan pasangan, dia atau pasangannya atau kedua-duanya sekali boleh terkena jangkitan apabila jangkitan itu memasuki kulit yang radang akibat hubungan seksual dan simptom seperti kegatalan dan ruam boleh berlaku. Jika jangkitan itu ketara keradangan anggota sulit berpanjangan dan menyulitkan individu itu.
Adakalanya jangkitan itu terkawal dan keadaan menjadi biasa beberapa hari kemudian dan jika hubungan kelamin dilakukan lagi kemudian, mungkin jangkitan tidak berlaku pada waktu itu. Ini mungkin kumpulan kuman, kulat atau parasit kurang, maka ia tidak mengganas atau pun hubungan kelamin dilakukan secara ringan dan tiada keradangan kulit, maka tiada jangkitan.
Tapi perkara ini boleh berubah apabila kumpulan kuman, kulat dan parasit meningkat kerana suasana tempat sesuai untuk pembiakannya atau hubungan kelamin yang dilakukan itu, kira 'heavy', maka kulit anggota sulit meradang, maka mudah dimasuki jangkitan.
Saya syorkan anda berjumpa doktor bersama suami untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin doktor akan lakukan pemeriksaan kepada salur faraj dan mengambil sedikit cecair untuk diperiksa sama ada terdapat kuman, kulat atau parasit. Pemeriksaan yang sama akan dilakukan kepada suami dan jika dia tidak berkhatan, kemungkinan kulat, kuman atau parasit terhinggap ke bahagian yang terselindung oleh kulup zakar (zakar yang tiada kulup, yang telah berkhatan, kulit kepala zakar terdedah dan jarang mengandungi kuman, kulat atau parasit).
Jika salah satu daripada pasangan kelamin itu didapati ada jangkitan, kedua-dua mereka akan diberi rawatan supaya jangkitan tidak berulang.
0 Comments Received
Leave A Reply