20-03-2003: Terkini, formula baru untuk mengira risiko mendapat kanser paru-paru bagi perokok.

Rokok menyebabkan kanser. Bagaimanapun satu fakta yang perlu anda ketahui ialah bahan yang menyebabkan ketagihan iaitu nikotin bukanlah bahan yang menyebabkan kanser ini. Walaupun demikian, nikotin boleh menyebabkan masalah sakit cardiovascular. Bahan-bahan lain di dalam rokok ialah tar (kanser) dan carbon monoxide (sakit cardiovascular).

Risiko-risiko menghisap rokok

Rokok telah diketahui boleh menyebabkan penyakit-penyakit berikut:

  • kanser paru-paru, mulut dan salur bladder

  • sakit jantung

  • sakit pernafasan seperti chronic bronchitis dan emphysema

  • strok (angin ahmar)

  • sakit-sakit lain seperti ulser peptik dan komplikasi semasa mengandung.

Kesan rokok ini bukan sahaja mengenai orang yang merokok (active smoking) tetapi juga orang yang tidak merokok yang duduk dekat dengan perokok dan menghidu asap rokok (passive smoking) terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Adakah anda ketagih merokok?

Untuk menentukan sama ada anda seorang penagih rokok atau tidak, sila jawab soalan-soalan di bawah dan berikan markah sebagaimana yang dinyatakan (Fagerstrom Questionnaire):

Soalan Jawapan anda Markah
Masa yang anda ambil sebelum menghisap rokok selepas sahaja anda bangun pagi Dalam masa 5 minit 3
6 - 30 minit 2
30 - 60 minit 1
Selepas 60 minit 0
Adakah menjadi satu masalah / kesukaran untuk anda pergi ke tempat-tempat yang dilarang merokok, contohnya hospital, dsb? Ya 1
Tidak ada masalah 0
Rokok manakah yang anda paling benci untuk tinggalkan? (iaitu yang paling tidak boleh anda tinggalkan) Rokok pertama di waktu pagi 1
Rokok pada masa-masa lain 0
Berapa batang rokok anda hisap sehari? 31 atau lebih 3
21 - 30 2
11 - 20 1
10 atau kurang 0
Adakah anda merokok lebih kerap dalam masa sejam selepas bangun pagi berbanding masa-masa lain? Ya 1
Tidak 0
Adakah anda merokok sekiranya anda sangat sakit sehingga anda tidak boleh bangun sepanjang hari? Ya 1
Tidak 0
Markah

Bandingkan markah yang anda dapati dengan carta di bawah ini:

Untuk mengetahui jenis produk yang boleh membantu anda menyingkirkan tabiat buruk merokok ini, sila lihat di bawah.

7 cara untuk membantu anda berhenti merokok

  • Bersihkan dan buang. Bersihkan dan buang semua rokok yang ada dalam simpanan anda.

  • Buat nota galakan dan peringatan. Tulis nota seperti "Anda sekarang bukan perokok" dan tampalkan pada tempat-tempat yang kerap anda kunjungi - di dalam bilik tidur, atas meja dsb.

  • Lakukan terus. Terus sahaja berhenti merokok pada hari yang telah anda tetapkan untuk berbuat demikian. Jangan berhenti secara beransur-ansur.

  • Tumpukan perhatian pada hari-hari yang dilalui.

  • Fikir positif. Fikirkan diri anda sebagai seorang yang bukan perokok. Sekiranya ada pelawaan, katakan kepada rakan anda itu "Saya tidak merokok".

  • Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja untuk membantu anda membuang tabiat buruk ini.

  • Melawan keinginan untuk merokok.

    • Melengahkan tindakbalas sekiranya anda rasa ingin merokok. Katakan pada diri anda "Nanti!!"

    • Menarik nafas panjang. Tarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan.

    • Minum air dengan banyak. Elakkan pengambilan air yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau kola.

    • Penuhkan masa anda dengan aktiviti. Ini penting supaya anda tidak selalu terfikir untuk merokok. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkebun, membaca buku dsb.

    • Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

    • Membasuh tangan atau mandi sekiranya anda berasa ingin merokok.

    • Kunyah sesuatu seperi karot, chewing gum dsb.

    • Berdoa semoga anda diberi keazaman yang cekal untuk berhenti merokok.

Antara produk yang ada di pasaran yang boleh membantu anda berhenti merokok ialah:

  • Chewing gum, ubat tampal atau inhaler (sedut) yang mengandungi nicotin seperti Nicorette. Hanya boleh dibeli di farmasi atau klinik sahaja.

  • Ubatan homeopati seperti Nicotinex, dsb.

Peringkat awal berhenti merokok

Peringkat awal berhenti merokok mungkin adalah peringkat yang paling sukar bagi sesetengah perokok. Tanda-tanda atau simptom awal (dipanggil withdrawal symtoms) adalah seperti rasa mudah marah, sukar mengawal perasaan, kurang konsentrasi, risau, sukar untuk tidur, batuk, penurunan kadar nadi dan bertambahnya selera makan. Kesan-kesan ini selalunya akan hilang selepas tiga hingga empat minggu.

Nicorette

Nicorette membantu anda berhenti merokok dengan mengeluarkan nikotin ke dalam badan anda dan dengan itu mengurangkan rasa ketagih. Penggunaan Nicorette adalah lebih baik daripada rokok kerana ia tidak mempunyai bahan-bahan yang merbahaya seperti tar, karbon monoksida dsb yang banyak terdapat di dalam rokok. Berbanding tanpa penggunaan Nicorette, anda berpeluang berhenti merokok dengan jayanya 2 kali ganda. Nicorette dicipta untuk digunakan selama tiga bulan untuk kesan yang maksimum.

Jenis Nicorette yang mana yang sesuai untuk anda?

bullet

bullet

Markah 0 - 3 pada skala Fagerstrom Questionnaire: Anda tidak begitu ketagih sangat. Untuk membantu anda berhenti merokok, dapatkan Nicorette Gum (Regular Strength) ataupun Nicorette Inhaler.

bullet

bullet

Markah 4 - 5 pada skala Fagerstrom Questionnaire: Anda memerlukan Nicotine Replacement Therapy. Anda boleh menggunakan Nicorette Gum (Regular Strength), Nicorette Patch atau Nicorette Inhaler.

bullet

bullet

Markah 6 - 10 pada skala Fagerstrom Questionnaire: Anda didapati sangat ketagih kepada nikotin. Anda perlu mengambil Nicorette Gum (Extra Strength) ataupun Nicorette Patch.

Nicorette Gum

Nicorette gum

Nicorette gum adalah sejenis getah kunyah (cewing gum) yang dapat membantu anda mengawal dan menahan rasa ingin merokok. Ia boleh digunakan pada masa-masa tertentu yang anda kehendakai contohnya semasa anda berada di kawasan larangan merokok dsb.

Nicorette Gum (Regular Strength) 2mg adalah sesuai untuk anda yang tidak mengalami ketagihan rokok yang serius (Markah 0 - 5 sahaja). Nicorette Gum (Extra Strength) 4mg pula sesuai untuk anda yang sangat ketagih pada rokok.

Cara menggunakan Nicorette Gum adalah berlainan berbanding getah kunyah yang biasa. Anda perlu mengunyah secara perlahan-lahan sehinggalah rasanya menjadi agak kuat. Selalunya ini dapat dicapai dalam masa seminit. Selepas itu, letakkan Nicorette Gum pada bahagian antara gusi dan pipi anda dan biarkan di situ sehingga rasa yang kuat tadi telah hilang. Sambung kunyahan anda. Setiap keping Nicorette Gum perlu digunakan selama 30 minit.

Nicorette Patch

Nicorette patch

Nicorette Patch adalah sejenis plaster yang ditampal di tempat-tempat tertentu sekali sehari. Ia membekalkan nikotin ke dalam badan anda selama 16 jam semasa anda tidak tidur.

Ada tiga jenis Nicorette Patch yang mempunyai kekuatan berlainan. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai markah 4 - 10 pada skala Fagerstrom Questionnaire.

Sekiranya anda menggunakan cara ini, anda perlu meletakkan patch atau plaster tersebut sebaik sahaja anda bagun pagi. Ia perlu dicabut sebaik sahaja sebelum anda tidur. Ia perlu dilekatkan pada bahagian badan yang bersih, kering dan tidak berbulu di bahagian depan dada, atas lengan, peha atau bahagian "hip". Sekiranya boleh letakkan pada tempat yang berlainan pada setiap hari.

Nicorette Inhaler

Nicorette inhaler

Nicorette Inhaler atau Sedutan Nicorette sesuai untuk anda yang tidak mempunyai tahap ketagih yang tinggi (sesuai untuk skala 0 - 5) dan anda yang terbiasa membawa tangan anda ke mulut seolah-olah ingin merokok.