LONDON: Kadar obesiti yang semakin meningkat meletakkan Britain dalam ‘bom jangka barah’ yang digabungkan penduduk warga tua, akan mencetuskan pertambahan mendadak dalam kes itu kecuali tindakan segera diambil, kata pakar.


Penyelidikan menunjukkan sehingga 40 peratus barah, terutama jenis sensitif hormon seperti barah payu dara dan barah endometri (menjejaskan garisan rahim), boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan selalu bersenam, kata pengurus sains dan penyelidik di Tabung Penyelidikan Barah Dunia, Dr Greg Martin.

Obesiti juga dikaitkan dengan barah kerongkong dan usus, lapor The Independent.

“Terdapat banyak reaksi mengenai masalah obesiti tetapi ramai orang belum sedar betapa rapatnya kaitan obesiti dengan barah. Orang ramai yang semakin gemuk akan membawa kepada peningkatan mendadak bilangan kes barah,” katanya. – Agensi