?SAYA ingin bertanya kepada doktor, kebiasaannya selepas bersama suami, air mani akan keluar dari faraj. Tetapi apa sebabnya kadangkala jumlah air mani yang merembes semula dari faraj sangat banyak seperti air tumpah pula. Apakah ia disebabkan keadaan dalam faraj yang tersekat atau sebaliknya?
Kata seorang bidan yang saya rujuk ia berkaitan dengan saluran peranakan. Adakah katanya itu betul? Bagaimana untuk merawat keadaan ini. Adakah dengan berurut dapat membantu?
NORIZAH,
Melalui e-mel
MEMANG biasa untuk air mani suami mengalir keluar dari faraj selepas selesai persetubuhan (fenomena yang dikenali sebagai effluvium feminis), lebih-lebih lagi jika wanita itu meluruskan kaki dan merapatkan paha sambil mengemas kembali pembukaan faraj dengan mengemut.
Amalan mengemut selepas bersetubuh akan mengakibatkan angin yang ada dalam faraj terkeluar dan menolak keluar air mani sepanjang corong faraj. Jika wanita itu tidak kemut, malah melegakan otot lantai pelvis, air mani suami akan mendap dalam faraj dan memudahkannya berdekatan dengan pangkal rahim untuk memberi peluang kepada sperma yang aktif berenang ke dalam lendir pangkal rahim. Air mani yang bertakung itu akan terkeluar keesokan harinya atau apabila wanita itu jaga dan bergerak.
Ini perkara biasa kerana air mani ialah ‘kenderaan’ untuk sperma memasuki faraj. Air mani tidak masuk dalam rahim dan tiada apa-apa sekatan jika air mani terkeluar dari faraj. Apa yang mustahak ialah semua sperma yang aktif dapat masuk ke dalam rahim melalui pangkal rahim.
Ada juga keadaan yang mana wanita itu menghasilkan banyak cecair dari pangkal rahim dan mukosa faraj dan secara langsung akan memenuhi ruang faraj. Jika air mani dipancut dalam penghujung faraj, cecair faraj yang akan keluar lebih banyak dari air mani, tetapi sebaliknya berlaku apabila air mani dipancut di pintu faraj, yang mana jika ini berlaku, banyak air mani akan melimpah keluar kerana bahagian dalaman faraj dipenuhi cecair faraj.
Jadi untuk wanita yang banyak menghasilkan cecair dalam faraj, pastikan kemut faraj ketika zakar berada di dalam faraj supaya cecair faraj akan keluar dan memberi ruang untuk air mani berkumpul jika air mani dipancut suami di dalam.
Jangan merujuk kepada orang yang tidak bertauliah untuk mendapat nasihat tentang kesuburan. Jumpa doktor dan jangan teragak-agak untuk mendapat rawatan kesuburan jika mendapati masih tidak hamil setelah mencuba merancang kehamilan lebih daripada setahun.
sy pn clalu mcm ni la..risaw plax coz da 6 bln kawen still xhamil lagi...
Kenapa setelah bersetubuh air mani saya dan air mani suami saya terkeluar semula?
Huina bah
Sex
Ro.is printil banyak hikmad
info tbaek!
Cya yg bru aja khwin 4bulan tpi msh blm hamil sbb wktu mlkukn sex air mani keluar apa sbb nya tue dkor??,tpi heran cya sbb dah mw hbis nye buln cya blm dtgbuln tlog cya dktor apa sbbnya??
Hi..sy mempunyai endometriosis.. Ovarian cyst dan pcos.. Sy telah berkahwin selama 8 thn dan msh xde anak.. Pernah buat proses iui sebanyak 2x namun xberhasil.. Masalah yg sering dihadapi ialah.. Setiap kali suami saya pancut air maninya.. Bahagian dalam rahim sy terasa amat sakit seperti senggugut selepas itu.. Ianya biasa berlaku beberapa jam selepas pancutan tu.. Dan ada jg berlaku keesokan harinya.. Sakit yg dialami akan berlarutan selama beverapa hari.. Apakah penyebabnya