Penggunaannya menyebabkan isteri rasa tidak selesa, sakit dan menggelupas kulit kemaluan

?SAYA sudah berkahwin dan mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Saya ingin menggunakan gambir Sarawak berdasarkan cerita kehebatannya yang saya dengar daripada kawan-kawan. Saya ingin tahu adakah gambir Sarawak boleh mengatasi masalah saya dan adakah ia mempunyai kesan sampingan yang negatif?


ALEX,
Melalui e-mel


SEBILANGAN besar lelaki yang cepat tewas ketika bersama isteri dapat menanganinya dengan menumpukan tahap ereksi yang secara langsung akan dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi. Mereka menggerak ereksi dalam keadaan ereksi padat (dengan mengemut lubang najis dan lubang kencing ketika bergerak dalam corong faraj).

Dengan cara itu mereka dapat mengawal gerakan dan dapat mengubahsuaikan kelajuan gerakan dan lama kelamaan mereka dapat mengawal gerakan tanpa ejakulasi awal.

Memang pada mulanya mereka akan cepat terkeluar ketika mengemut dan mereka akan menyalahkan kemutan pula. Tapi dalam keadaan kemut mereka dapat kekalkan ereksi dan boleh bergerak walaupun telah terpancut!

Sebilangan mereka yang masih gagal akan cuba menggunakan ubat pengebas untuk mengebaskan penghujung zakar. Ini juga mungkin sesuai untuk sebilangan mereka yang bermasalah seperti ini.

Mereka harus menyapu ubat kebas (anaesthetic gel, hanya boleh dibeli dengan preskripsi doktor saja) dan apabila penghujung zakar kebas mereka perlu membersihkannya sebelum masuk ke dalam faraj. Jika tidak berbuat begitu, faraj pasangan pula akan menjadi kebas!

Gambir Sarawak ialah jenis ramuan yang mengandungi bahan herba dan kimia yang disapu ke penghujung zakar selepas mencampurkannya dengan air sejuk dan beberapa minit kemudian, penghujung zakar akan rasa pijar atau panas dan tidak selesa. Perasaan tidak selesa ini dan juga kepanasan kononnya dapat memberi ereksi yang padat dan tidak selesa.

Jadi apabila dimasukkan dalam corong faraj, sudah tentu akan dapat bertahan lama. Tapi sebelum dimasukkan dalam faraj, bahan ini perlu dibersihkan dulu, jika tidak isteri akan terasa panas di dalam (seperti terkena cili api kerana gambir Sarawak ada bahan itu!) Kesan sampingan ialah kulit penghujung zakar menggelupas dan mungkin boleh melecet dan jika terkena kemaluan isteri, mungkin selepas hubungan isteri terpaksa mengipas kemaluannya kerana kepanasan yang amat!

Elok jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Mungkin ada cara yang lebih mujarab dan tidak memerlukan penggunaan krim atau bahan pengebas.