?SAYA gadis berusia 25 tahun. Saya dapati bahagian klitoris saya tidak begitu kelihatan seolah-olah seperti tiada. Saya juga dapat merasakan macam ada satu biji dalam klitoris yang apabila disentuh terasa senak dan sakit. Apakah itu normal atau saya menghidap penyakit?
NUR,
Melalui e-mel
INDIVIDU dewasa perlu mengenali dan memahami anggota seksual mereka kerana anggota ini memainkan peranan penting dalam kehidupan harian mereka, terutama setelah mereka berkahwin.
Untuk lelaki, anggota sulit mereka di luar dan mudah untuk mereka meneliti dan melakukan pemeriksaan sendiri tanpa apa-apa bantuan.
Untuk wanita, anggota sulit mereka berkedudukan jauh dari pandangan, agak menyulitkan untuk diperiksa, kecuali mereka menggunakan cermin tangan untuk menelitinya.
Secara ringkas, anggota sulit perempuan terdiri daripada tundun atau 'mons veneris', bibir besar yang bertutup rapat dan tersembunyi kerana teselindung oleh bulu roma dan bibir kecil yang kelihatan licin tanpa bulu roma.
Antara bibir kecil ialah kawasan 'vestibule’ yang kelihatan kemerahan dan cerah yang mengandungi pembukaan lubang kencing di bahagian atas dan pembukaan lubang faraj di bahagian bawah berdekatan pembukaan lubang najis.
Bibir kecil untuk sebilangan wanita 'besar' dan kadangkala terkeluar.
Malahan bahagian ini boleh mengembang dan memanjang ketika wanita itu terangsang – akibat kemasukan darah yang banyak ke dalamnya.
Bibir kecil bercantum di atas menutupi klitoris. Kebiasaannya penghujung klitoris tertutup oleh lapisan kulit yang dikenali sebagai kulop klitoris.
Ketika klitoris menegang (akibat rangsangan seksual) penghujung klitoris terkeluar. Kulit kelentit diselaputi lapisan pelembap semula jadi 'sebum' dan ini membuatkan kulit itu kalis air dan memudahkan penghujung klitoris terlucut dari kulop apabila ereksi klitoris berlaku.
Jika lapisan pelembap ini berkumpul (menjadi pelekat pekat bergelar smegma) ia akan menjadi kering dan mengakibatkan kulit kulop klitoris terlekat kepada kulit klitoris.
Keadaan ini dikenali sebagai perlekatan atau 'adhesion' dan ini membuat seolah-olah penghujung klitoris terbenam atau tertanam dalam kulop, seakan wanita itu tiada klitoris!
Jika wanita itu memeriksa bahagian atas bibir kecil, dia akan rasa macam seolah-olah ada biji dan jika ditekan akan rasa sengal dan tidak selesa.
Biji ini ialah klitoris yang tertutup oleh kulop. Ada sesetengah isteri mendapati dia amat sukar mencapai klimaks, macam seolah-olah perasaan ingin klimaks tersekat kerana sebilangan besar daripada mereka mempunyai klitoris yang terbenam dalam kulop atau ditutupi kulop.
Justeru, klitoris tidak dapat sentuhan yang padu yang boleh mencetuskan klimaks.
Untuk kes yang sebegini, pemeriksaan perlu dilakukan untuk meneliti kedudukan klitoris, sama ada ia boleh terkeluar daripada kulop atau tidak kerana kulit lekat kepada lapisan kulop.
Jika ini berlaku wanita itu boleh cuba melurutkan klitoris daripada kulop dengan menggunakan losen atau bahan pelembap secara cermat.
Jarang kulop klitoris dipotong dan kaedah ini semacam 'berkhatan'. Jarang terdapat keadaan jangkitan terselindung dalam kawasan kulop klitoris dan jika ini berlaku bahagian kulop perlu didedahkan supaya lekatan atau adhesions itu tertanggal.
Untuk tujuan itu prosedur melepaskan adhesion iaitu prosedur 'adhesiolysis' boleh dilakukan di bilik bedah kecil dengan membius bahagian berkenaan.
INTI PATI:
0 Comments Received
Leave A Reply