Pastikah anda tentang keselamatan ubat yang anda makan? Semua ubat, termasuk ubat herba dan ubat-ubat cina, dan vitamin tertakluk kepada undang-undang.

Ubat-ubat dan vitamin yang dijual di Malaysia mestilah berdaftar dengan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan yang bertanggungjawab dengan proses pendaftaran ini ialah BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) yang terletak di Petaling Jaya.

Setiap ubat dan vitamin yang berdaftar akan diberi nombor pendaftaran. Sila pastikan barangan yang anda ingin beli itu mempunyai salah satu label berikut:

  • PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah - Drug Control Authority). PBKD adalah label yang lama, yang kini telah digantikan dengan MAL.

  • MAL (Malaysia)

Secara mendalamnya,

  • Ubat-ubat terkawal ditanda dengan huruf A pada penghujung nombor. Contohnya - Ventolin evohaler yang digunakan untuk asthma mempunyai label MAL20000727AR

  • Ubat-ubatan tradisional - huruf T. Contohnya Ubat cina Ling Dan mempunyai label MAL19985281TC

  • Ubat-ubatan OTC - huruf X. Contohnya Panadol 50s mempunyai label MAL19950080X

  • Produk kosmetik - huruf K

Dengan menggunakan produk yang berdaftar dengan KKM anda boleh merasa yakin dengan ketulenan isi kandungannya (seperti dijamin tidak mengandungi steroid, dan sebagainya).

Pastikan selain daripada tarikh luput sesuatu barangan, jangan lupa untuk memeriksa PBKD ataupun MAL nya.

Untuk memeriksa kesahihan nombor MAL atau PBKD, anda boleh memeriksanya dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmasi di sini.

Mulai May, 2005 juga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan penggunaan hologram pada ubat-ubat berdaftar untuk memudahkan pengguna mengesan produk-produk tiruan dan palsu. Pelekat hologram ini mempunyai perkataan PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah) dan juga DCA (Drug Control Authority) di samping nombor siri.

Garis panduan:

  • Dapatkan ubat dari sumber yang dipercayai seperti farmasi atau klinik

  • Pastikan ia berdaftar dengan mempunyai nombor pendaftaran. Nombor ini pula boleh dipastikan kesahihannya dengan memeriksanya di laman web Biro Pengawalan Farmasi

  • Pastikan ubat-ubatan mempunyai pelekat hologram.

  • Pastikan ubat masih belum luput

Sekiranya anda ada sebarang aduan atau maklumat, sila hubungi Penguatkuasa Farmasi berdekatan. Penguatkuasa Farmasi memantau klinik, farmasi, kedai ubat dan kedai-kedai biasa supaya peraturan Akta Racun dipatuhi, termasuklah memastikan hanya barangan berdaftar yang dijual untuk memastikan kebaikan orang awam.

Penguatkuasa Farmasi

Lot 36, Jalan Universiti

46350 Petaling Jaya

Tel: 03-79682200, Faks: 03-79682251

Web: http://www.pharmacy.gov.my/, Email: pharmacy1@pharmacy.gov.my

Negeri Tel Fax
Perlis 04-9765033 04-9765033
Kedah 04-7321635 04-7307313
Pulau Pinang 04-2292319 04-2639589
Perak 05-2555994 05-2532734
Selangor 03-55101051 03-55108977
WP Kuala Lumpur 03-26940701 03-26938776
Negeri Sembilan 06-7625231 06-7646148
Melaka 06-2843480 06-2824054
Johor 07-2272801 07-2236146
Pahang 09-5146412 09-5137769
Terengganu 09-6222627 09-6227486
Kelantan 09-7730586 09-7746817
Sabah 088-231610 088-245998
Sarawak 082-256566 082-257552
WP Labuan 087-412097 087-411298