SAYA baru berkahwin dan berhadapan dengan satu masalah. Apabila saya bersama suami ada cecair keluar dari bahagian sulit. Baunya kurang menyenangkan suami dan saya sendiri. Jika tidak bersama suami pun, cecair itu tetap keluar. Apakah ia mengancam kesihatan saya dan suami?
PENGANTIN BARU,
Melalui e-mel
HUBUNGAN keintiman seksual mengeratkan silaturrahim antara suami dan isteri jika mereka berdua dapat menikmatinya.
Nikmat itu berubah jika berlaku masalah seperti faraj berbau. Jika perkara ini dibiarkan, hubungan menjadi hambar. Jarang faraj mengeluarkan cecair yang berbau kecuali jika ia disebabkan jangkitan kuman yang menghasilkan bau itu.
Bau najis misalnya adalah hasil dari tindak balas kuman dalam usus dan sisa makanan dalam usus. Jika kuman yang sama secara tidak disedari termasuk dalam faraj, sudah tentu ia akan membiak dan menghasilkan bau. Keadaan ini dikenali sebagai bacterial vaginosis dan jika jangkitan itu kekal kemungkinan ia akan mengakibatkan masalah kesuburan seperti keguguran janin dan keradangan selaput dalam rahim atau endometrium.
Kuman boleh memasuki faraj ketika wanita itu mencuci najis de ngan air, de ngan menyapu ta ngannya dari belakang ke depan dan secara tidak langsung mengibas air ke arah anggota sulitnya. Cara jangkitan lain ialah ketika bersetubuh, zakar yang tergesel lubang najis atau selepas seks anal, di masukkan ke dalam faraj. Soal malu tidak timbul apabila masalah sebegini berlaku.
Mustahak untuk kedua-dua pasangan berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan sewajarnya untuk mengenal pasti jika terdapat jangkitan dalam faraj dan memberi rawatan yang sesuai. Jangan menderita dalam diam masalah ini kerana perlu diberi perhatian serius dan rawatan profesional.
0 Comments Received
Leave A Reply