Saya mempunyai anak yang menghidap G6PD. Masalahnya dia sering terkena selsema dan batuk berpanjangan sehingga menjadi bertambah teruk terutama selepas fogging walaupun dia berada jauh dari kawasan berkenaan.
Saya sudah berusaha mendapatkan ubat di klinik swasta dan hospital. Malah, bermacam-macam antibiotic diberikan tetapi masih tidak sembuh. Disebabkan penyakitnya yang berterusan, menyukarkan saya membawanya untuk mengambil imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan.
Adakah bayi saya yang kini berusia 4 bulan ini menghidap selsema atau alahan?
Ida,
Perak.
Jawapan:
Puan perlu membawanya ke klinik supaya rekod simptomnya boleh diambil dengan lebih teliti. Ada banyak lagi soalan-soalan yang doktor perlu tanya sebelum doktor mendapat gambaran yang tepat mengenai masalah anak puan.
Hilang selera makan
Anak saya baru berusia 10bulan 10hari. Sejak 2/3hari ni, dia menjadi hilang selera makan dan bila memaksa juga dia akan mual muntah. Sejak usianya genap 10bulan, saya memberinya makan vitamin appeton untuk menambahkan selera makannya. Adakah anak saya mengalami masalah dalaman atau sebab dia mahu tumbuh gigi? 2hari sebelum ni dia cuba makan makanan manis seperti kek tetapi hanya cebisan sahaja. Apa masalahnya ya doktor..