Quantum Fizik... eerrmm, mendengar namanya sahaja ramai yg sudah mengerut dahi memikirkan apakah bendanya ni, apa kena mengena pula dgn sembahyang atau solat? Quantum fizik atau quantum mekanik ini adalah antara cabang sains yg masih baru walaupun sudah dikaji sudah hampir seabad lamanya, Albert Einstein adalah salah seorang saintis quantum fizik tetapi beliau sendiri tidak senang dgn apa yg ditemuinya malahan Einstein membencinya. Beliau juga menyatakan bahawa jika quantum fizik ini benar maka ilmu sains yang lain sudah tidak bermakna lagi. Neils Bohr, Erwin Schrondinger, adalah saintis2 yg byk menyumbang terhadap kajian mengenai bidang ini.

Quantum fizik adalah sains mengenai unsur2 kehidupan yg paling kecil, elektron (subatomic) dan sebagainya dan bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan kita, saya amat meminati bidang ini tetapi lebih kepada segi falsafah disebaliknya, bukan dari segi pengiraan, saiz, kedudukan, aplikasi terhadap penggunaan komersial dan lain2 lagi. Prinsip quantum fizik ini byk diaplikasikan dlm kehidupan seharian kita cuma kita sahaja yg tidak menyedarinya, contohnya elektrik, bagaimana satu bahan adalah penebat dan satu bahan adalah pengalir, quantum fizik memberikan penjelasan yg lebih mendalam. Begitu juga dgn tenaga nuklear malahan yg terbaru quantum komputer yg dikatakan berkali ganda lebih laju dari komputer yg ada sekarang ini.

Dunia subatomic (elektron/zarah) ini amat berbeza sekali dgn apa yg kita fahami tentang atom seperti yg diajar disekolah2. Atom disekolah difahami mengikut konsep Newtonian yg mana semua benda adalah fizikal (seperti bebola besi yg tersusun mengikut sifat objek tersebut samada gas, cecair atau pepejal). Bila kita melangkau ke alam subatomic pula keadaannya amat berbeza, elektron yg sama boleh berada di beberapa lokasi pada satu2 masa (probabilities & possibilities), elektron bersifat gelombang (wave) dan fizikal (particle), elektron yg sama bila dibahagi akan mempunyai sifat2 yg sama walaupun dipisah kan pada jarak yg amat jauh (entanglement).

Dunia subatomic ini penuh dgn kebarangkalian dan kemungkinan, berbeza dgn klasikal newtonian fizik yang mana jika kita apabila kita tahu halaju, kita boleh mengira kedudukan objek itu pada satu2 masa dan sebaliknya. Di dalam dunia quantum (subatomic), jika kita mengukur halaju sesuatu elektron, kita tidak dapat mengetahui kedudukannya dan jika kita tahu kedudukannya pula kita tidak dapat megukur halajunya, ini yang dikatakan hanya penuh dgn kebarangkalian dan kemungkinan. Dan jika kita kaitkan dgn kehidupan, bukankah ianya penuh dgn kemungkinan, qada & qadar yg kita Allah sahaja yg mengetahuinya?

Satu lagi sifat elektron yg pelik adalah mungkin bersifat gelombang (wave), bersifat solid fizikal (particle) dan boleh bersifat kedua2nya pada satu masa dan ini yang menghairankan ahli quantum fizik kerana ianya amat berbeza dgn dunia yang kita anggap nyata ini. Malahan keseluruhan atom sebenarnya adalah kosong, jika kita boleh mengecil dan menjelajah kedunia atom dan mengambil gambar dunia tersebut, bila kita kembali kedunia asal dan mencuci filem tersebut, tiada apa2 imej yg terhasil. Menerusi eksperimen, saintis cuba mengenal pasti adakah elektron wave atau particle, ini yang di debatkan oleh Neils Bohr & Einstein, mereka dapati, jika ekperimen itu di buat untuk melihat elektron sebagai wave, mereka akan dapati ianya adalah wave, tetapi jika mereka mengaturkan eksperimen itu untuk melihatnya sebagai particle, mereka juga mendapati ianya wujud sebagai particle. Elektron respons kepada apa yg saintis ingin buktikan.

Satu lagi eksperimen yang unik dipanggil "dual slit eksperimen" pula merumuskan, "act of observing or measuring, collapse the wave function and electron become a particle" iaitu, melalui pemerhatian, melalui pengukuran, elektron yg bersifat gelombang itu menjadi satu zarah yang solid. Apakah implikasi kepada kehidupan manusia pula? Konsep yg paling mudah untuk difahami oleh orang kebanyakan adalah, pemerhatian kita (fikiran) mempengaruhi keadaan sekeliling yg mana ianya juga mempengaruhi kehidupan kita. Melalui eksperimen ini juga saintis mendapati dunia elektron di pengaruhi oleh pemerhatian kita, melalui pemikiran kita terhadap apa yg kita fokuskan.



Secara falsafahnya ini bermakna kita mencipta realiti kehidupan sendiri, apa yg kita fikirkan dan apa yg kita fokuskan itu yg kita akan lihat dan alami didunia ini. Mencipta realiti sendiri? Bukankah ia bertentangan dgn Islam yg semuanya sudah termaktub dan ditetapkan oleh Allah? Ini dilema untuk mengaitkan quantum fizik dgn Islam tetapi bukankah menerusi doa dan usaha kita boleh mendapat apa yg kita ingini? Bukankah Allah itu maha pemurah dan boleh mengurniakan apa sahaja yg kita ingini? Bagi saya falsafah quantum fizik inilah yg sepatutnya mendekatkan umat Islam lebih hampir kepada Allah kerana ianya menjelaskan sifat pemurah Allah itu (melalui fikiran dan apa yg kita fokuskan) kita boleh mencipta realiti hidup kita sendiri. Tetapi kita cuba lari dari tanggungjawab dan selalu menuding jari terhadap orang lain bila berlaku musibah kepada kita, sedangkan menerusi quantum fizik membuktikan bahawa apa yg kita alami adalah dari fikiran dan pemerhatian kita sendiri? Bukankah Allah sudah menyatakan bahawa kerosakan dunia disebabkan perbuatan manusia itu sendiri? Manusia harus belajar lebih bertanggungjawab didalm kehidupan ini, apa yg kita fikirkan dan lakukan itu yg mencipta realiti kehidupan kita sendiri.

Mencipta realiti hidup ini bergantung kepada apa yg kita fokuskan, jadi bagaimana untuk kekal fokus kepada apa yg kita ingini dan bukan kepada apa yg kita tidak ingini? Kita selalu sibuk dgn stimuli dari luar, dari apa yg dikesan oleh semua deria, masalah kerja, masalah keluarga, ketakutan dan panik terhadap cucukan2 dari luar hinggakan kita lupa kepada apa yg kita inginkan. Bila kita kerap fokus kepada apa yg kita tidak inginkan (act of oberserving & measuring) itu yang kita akan dapat didlm kehidupan (collapse of wave function) dan begitu juga sebaliknya jika kita fokus kepada apa yg kita ingini. Untuk kekal fokus kepada apa yg diingini, pada apa yg dicita2kan ini pula, kita memerlukan frontal lobe yg kuat (bahagian otak ini tiada atau kecil pada haiwan), frontal lobe yg lemah membuatkan kita lebih leka melayan stimuli/gangguan luar dari kekal fokus kepada apa yg kita inginkan. Disini terletaknya keunikan solat.

Solat yg fokus kepada bacaan dan faham dgn maknanya ini adalah "gymnasium" untuk frontal lobe. Jika kita boleh kekal fokus kepada bacaan2 solat dan gerakan2 solat, bukankah lebih mudah kita fokus kepada apa yg kita inginkan didlm kehidupan dan perbuatan kita akan seiringan dgnnya. Fokus kepada kekayaan, kita akan lebih nampak peluang2 perniagaan ataupun pekerjaan yg lebih bagus, kesan yg paling utama bila fokus dan faham makna bacaan solat itu adalah kita akan lebih menyedari bahawasanya solat kita, perbuatan kita didunia ini (amal), hidup dan mati hanyalah kerana Allah taala (bacaan iftitah) dan kita akan sentiasa mendapat pertolongan Allah didalam jalan yg lurus, jalan yg diredhai dan bukan jalan mereka yang terpesong (Surah alfatihah).

Di Malaysia, amat sedih sekali kerana sistem pendidikan kita tidak menekankan pemahaman kepada Al Quran itu sendiri, lebih kepada penghafalan, jadi bg kebanyakan kita bila sembahyang itu dgn mengangkat takbir sahaja seolah2 seperti pilot yg menekan butang "autopilot" selepas take-off, kapalterbang dgn automatiknya bergerak kedestinasi, bila bg salam sahaja kita off balik butang autopilot dan siap untuk "landing", sebab itu kita sedar hanya bila bagi salam. Fikiran kita melayang ketika sembahyang kerana semua perbuatan dan bacaan sudah tersimpan di bahagian otak (cerebelum) dan ia menjadi solat menjadi automatik sama seperti aksi2 kita yg lain contohnya berjalan, bekerja dan memandu. Aksi2 ini boleh dilakukan dengan minda kita melayang ke tempat lain. Bila fikiran melayang ketempat lain, solat sudah tidak bermakna, dan frontal lobe juga tidak dilatih, seperti pergi ke gymnasium tetapi hanya melihat sahaja dumb-bell dan selepas itu mengeluh mengapa otot tak besar2 jugak.

Jadi bila anda solat tetapi masih melakukan kemungkaran, periksa kualiti solat anda. Solat berkualiti inilah yang akan memberi bahagiaan dunia dan akhirat, menjadikan kita lebih "manusia" dgn frontal lobe yg benar2 berfungsi, mencegah diri dari melakukan kemungkaran dan memberikan ketenangan dan kehidupan yang aman dan tenteram. Kita telah lama di"pukau" dgn iklan2, dgn drama2 diTV, dgn filem2 yang menipu kita bahawa kebahagiaan dan kegembiraan adalah dari dunia luar dgn dunia materialistik harta wang ringgit sedangkan kebahagian dan kegembiraan yang sepatutnya adalah dari dalam diri sendiri dan kemudiannya melimpah keluar mewarnai kehidupan insan2 disekitar kita. Tingkatkanlah kualiti solat agar kita manjadi umat yang lebih berjaya, sama seperti zaman kegemilangan Islam dizaman khalifah2 terdahulu, insyaallah. Itu yang dilaungkan oleh bilal ketika azan (haiya alal falah).

Ada beberapa cara lain untuk melatih frontal lobe seperti meditasi. Taichi, qi gong dan yoga juga melatih minda dan jasad sama seperti solat tetapi yang uniknya solat adalah 4 dalam 1, mengesakan Allah sebagai Tuhan pencipta alam, bersyukur dan berterimakasih keatas nikmat2nya, senaman untuk tubuh badan dan juga senaman untuk minda (frontal lobe). Jadi solat berkualiti yang paling lama secara purata bg kebanyakan manusia hanya 5-10 minit 5 kali sehari ini sudah cukup untuk menggantikan masa kita untuk bersenam, bertaici berqi gong dan sebagainya yg memakan masa lebih lama. Semua ini tiada di zaman Nabi dan khalifah dahulu tetapi zaman mereka amat gemilang sekali hanya dgn solat yg sempurna. Bersyukur dan berterimakasih kepada Allah itu yg lebih utama lantas memberi kita lebih banyak nikmat lagi dari sumber yang tidak disangka2.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Anda adalah apa yang anda fikirkan, jika susah nak khusuk/fokus kerap difikir dan diucapkan, itu yg anda akan dapat tetapi jika fikir, percaya, mencuba dan berusaha untuk lebih khusyuk/fokus didalam solat, jasad akan respon mengikut fikiran kita dan mencapai khusyuk dan fokus itu menjadi lebih mudah, Insyaallah.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/03/solat-quantum-fizik.html#ixzz0qBNJth3B