Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka. Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa. Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti: fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas) fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam proses pembekuan darah kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi. Keperluan kalsium Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada carta di bawah ini. Lelaki Umur (tahun) Keperluan kalsium dalam mg 8 - 11 800 12 - 15 1200 16 - 18 1000 19 - 64 800 melebihi 64 800 Wanita Umur (tahun) Keperluan kalsium dalam mg 8 - 11 900 12 - 15 1000 16 - 18 800 19 - 54 800 melebihi 54 1000 Mengandung 1100 Menyusu bayi 1200 Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis. Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut. Sumber-sumber kalsium Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu. Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang. Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan : 3 gelas susu, 4.6kg daging, 15 biji telur, 70g cheese, 400g ais krim, atau 2 cawan yoghurt. Osteoporosis Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa. Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah : kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat kurang pengambilan kalsium pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini. Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian. Adakah anda berisiko menghadapi osteoporosis? Perkara Risiko Tinggi Risiko Rendah Jantina Perempuan Lelaki Umur > 60 tahun <> Menopause Awal Lewat Keturunan Asia / Caucasian Afrika Saiz tulang Kecil Besar Berat badan Kurang berat badan Lebih berat badan Senaman / aktiviti Tidak aktif Aktif Merokok Kuat merokok Tidak merokok Pengambilan alkohol Berlebihan Sedikit / tiada Pengambilan kalsium Sedikit Banyak Zat makanan Tidak memuaskan Memuaskan Pengambilan protin Banyak Sedikit Pengambilan kopi / teh Berlebihan Sedikit / tiada Hyperthyroidism Ya Tidak Pengambilan corticosteroid Ya Tidak Perkara-perkara lain Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang. Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil : bersama-sama vitamin D bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang. selepas makan. Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan : Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing. Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang. Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien. Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita. Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah. Dengan kemajuan sains yang ada sekarang ini, banyak produk canggih di mana penyerapan kalsium adalah maksimum, yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal besar. Antara produk jenama ternama yang ada di pasaran Malaysia ialah Caltrate dan Oscal. Pesakit kencing manis (insulin-dependent) juga mempunyai struktur tulang yang lebih lemah berbanding orang biasa.
KALSIUM
Search
About Me
Followers
Archives
-
▼
2010
(380)
-
▼
June
(377)
- Ritual-Ritual Kedewasaan yang Berbahaya
- Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki
- Sedut lemak pulih kulit berlapis, ketul
- Produk jagaan, rawatan kulit tidak bezakan jantina
- Dunia :Minuman ringan bergas rosakkan sel manusia
- Dunia :Kopi boleh rawat gout
- Dunia :Kadar obesiti bagai ‘bom jangka barah’
- Dunia :Ibu bapa perokok, anak derita
- Wanita & Keluarga :Teknik urutan badan
- TEKANAN DARAH
- MENGURUSKAN BERAT BADAN
- LEMAK, KOLESTEROL DAN PEMAKANAN
- KESIHATAN REPRODUKTIF (PERANAKAN)
- HOMOCYSTEINE
- BERHENTI MEROKOK
- BERAT BADAN IDEAL: BMI
- SUNBLOCK / SUNSCREEN
- SPIRULINA
- MINYAK IKAN, DHA, EPA, OMEGA-3
- KALSIUM
- DONNA (Glukosamin) penawar gejala osteoartritis
- CHITOSAN
- ANTI-OKSIDANT
- VITAMIN C
- KENAPA ANDA PERLUKAN VITAMIN
- UBAT ORIGINAL DAN UBAT GENERIK
- STEROID
- SELAMATKAH UBAT YANG ANDA AMBIL
- PEMBAZIRAN UBAT
- MENGELAKKAN KERACUNAN UBAT-UBATAN
- ANTIBIOTIK
- Anda tanya doktor jawab: Wanita tiga kali senang d...
- Anda tanya doktor jawab:Pakar Kanak-kanak: Virus, ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Ujian imbas...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Tiada tan...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Tiada haid ...
- Anda tanya doktor jawab:Teknik epidural atasi saki...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Tak tahan b...
- Wanita dan Anda tanya doktor jawab:Seks: Suami sak...
- Anda tanya doktor jawab: Sperma suami amat kurang
- Anda tanya doktor jawab: Senggugut tiada kaitan ke...
- Anda tanya doktor jawab:Pakar kanak-kanak: Selesem...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Selaput d...
- Anda tanya doktor jawab: Rubella boleh cacat janin
- Anda Tanya Doktor Jawab: Suhu badan tinggi, menggi...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Rawatan larutkan batu dal...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Punca air...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Suhu badan tinggi, menggi...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Suami tid...
- Wanita dan Seks: Suami sakit perut mungkin kerana ...
- Anda tanya doktor jawab: Sperma suami amat kurang
- Anda tanya doktor jawab: Pil perancang kurangkan k...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Permulaan haid pada usia ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Pembedaha...
- Anda tanya doktor jawab: Obesiti punca tidur terga...
- Anda tanya doktor jawab: Merokok, tekanan beri kes...
- Anda tanya doktor jawab: Mengandung lagi selepas p...
- Anda tanya doktor jawab: Masalah tekanan air dalam...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Masalah k...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Loya, muntah ketika hamil...
- Anda tanya doktor jawab: Lewat haid mungkin sebab ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Kurang mina...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Kuman, para...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Ketulan d...
- Anda tanya doktor jawab:Kesihatan Anak: CPR bantu ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Kenali baha...
- Anda tanya doktor jawab: Kekurangan sperma berbeza...
- Anda tanya doktor jawab: Kaedah epidural beri kesa...
- Anda tanya doktor jawab: Jangkitan kuman, ubat tah...
- Anda tanya doktor jawab:Jangkitan hepatitis B mela...
- Anda tanya doktor jawab: Jangan takut guna hak
- Anda tanya doktor jawab: Ibu menyusukan anak ketik...
- Anda tanya doktor jawab: Ibu dijangkiti GBS tiada ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Gambir Sara...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Gadis ris...
- Anda tanya doktor jawab: Fikir dulu sebelum ikat p...
- Anda tanya doktor jawab: Episiotomi untuk kelahira...
- Anda tanya doktor jawab:Pakar Kanak-kanak: Elak fa...
- Anda tanya doktor jawab:Darah tidak padan boleh se...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Cari punc...
- Anda tanya doktor jawab: Buat pemeriksaan jika sen...
- Anda tanya doktor jawab: Buasir tidak halang hamil
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Buasir jeja...
- Anda tanya doktor jawab: Buang rahim tidak jejas s...
- Anda tanya doktor jawab: Bengkak ovari tidak semes...
- Anda tanya doktor jawab:Bedah endometriosis masih ...
- Anda tanya doktor jawab: Wanita tidak pernah hamil...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Penghidap bicornuate uter...
- Anda tanya doktor jawab: Obesiti punca tidur terga...
- Anda tanya doktor jawab: Kaedah epidural beri kesa...
- Anda tanya doktor jawab: Episiotomi untuk kelahira...
- Anda tanya doktor jawab: Darah, lendir mungkin sim...
- Pakar kanak-kanak: Anak alami gatal kulit
- Anda tanya doktor jawab: Berat tidak sepadan usia
- Anda tanya doktor jawab: Air kencing keluar ketika...
- Solat & Quantum Fizik
- HOROSSCOP satu lagi agenda Yahudi
- Soal Jawab Mengenai H1N1
- Tip Pengguna : Tip Membeli Kereta Terpakai
- Lelaki Mudah Tertipu Dengan Makeup Wanita
-
▼
June
(377)
0 Comments Received
Leave A Reply