SUAMI saya mengalami bengkak pada testisnya dan mengadu kesakitan setiap kali duduk. Bolehkah doktor beritahu penyebabnya dan kemungkinan penyakit yang boleh dihadapinya?
ANN,
Melalui e-mel
KESULITAN yang berlaku kepada anggota sulit baik untuk lelaki atau perempuan perlu dirujuk kepada doktor dengan seberapa segera.
Jika terlambat akan mendatangkan padah, misalnya kesakitan yang berlaku kepada buah zakar, seperti kebengkakan.
Ia mungkin petanda awal buah zakar terpulas atau kebengkakan akibat kecederaan atau terkena jangkitan dan bengkak.
Kebengkakan buah zakar akibat apa jua perlu dirujuk kepada doktor secepat mungkin kerana kelewatan boleh mengakibatkan buah zakar itu terkorban (terpulas, tisu buah zakar akan rosak dan perlu dibedah buang!) atau mengakibatkan kemandulan kemudian hari (seperti beguk dengan kebengkakan buah zakar dan kerosakkan kilang benih, jika terlewat berubat, kilang musnah dan lelaki mandul).
Harap ambil iktibar tentang perkara ini.
Jumpa doktor secepat mungkin untuk pengesahan. Lagi pun jika anggota sulit mengalami masalah, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan hubungan seksual mungkin tidak dapat dilakukan atau menyakitkan.
0 Comments Received
Leave A Reply