Tahukah anda kebanyakkan krim gatal yang anda perolehi dari hospital, klinik atau farmasi mengandungi steroid?
Krim gatal jenis ini banyak digunakan. Ia hanya boleh didapati dari klinik, hospital dan farmasi. Pembeliannya tidak memerlukan surat (prescription), tetapi pembelian termasuk di farmasi memerlukan pembeli mencatat nama dan alamat sebagai menurut peruntukan undang-undang.
Antara steroid yang selalu digunakan ialah hydrocortisone, betamethasone, clobetasol, triamcinolone, momethasone, clobetasone, dsb. Sebagai contoh, jenama Daktacort yang dijual mengandungi hydrocortisone.
Krim jenis ini banyak digunakan untuk:
-
merawat ruam lampin (selalunya dicampur dengan ubat anti-kulat) seperti Daktacort, Candacort, Decocort, dsb
-
gatal-gatal disebabkan alahan (allergy) seperti Elomet, Hydrocortisone, Betnovate, Dermovate, dsb
-
gigitan serangga
-
gatal di bahagian sulit - selalunya lelaki menghadapi masalah gatal di celah kelangkang
-
psoriasis seperti Dermovate, Diprosalic, Beprosalic, Elomet, dsb
Krim-krim ini tidak boleh digunakan:
-
untuk jangkamasa panjang
-
dengan banyak. Ia harus disapu nipis-nipis ke bahagian yang kena. Sekiranya boleh, tidak perlu digosok, cuma sapu sebagai satu lapisan yang nipis.
Antara kesan-kesan sampingan steroid ialah:
-
ia akan menipiskan kulit anda
-
Sekiranya penggunaan berlebihan (lama atau banyak), mungkin akan berlaku penyerapan ke dalam badan (systemic absorption) yang boleh membawa kesan-kesan buruk terhadap kesihatan anda
Ada di antara steroid yang digunakan agak kuat dan tidak sesuai untuk bayi.
Untuk bayi, steroid yang boleh digunakan ialah hydrocortisone atau mometasone (generasi baru). Jenama terkenal seperti Econazine tidak sepatutnya digunakan pada bayi.
Krim yang mengandungi steroid betamethasone, clobetasol, triamcinolone tidak sesuai untuk penggunaan pada bayi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
Ada dua faktor penting dalam pemilihan steroid:
-
kekuatannya
-
kesan sampingannya
Generasi baru seperti mometasone adalah sangat kuat (digunakan hanya sekali sehari) tetapi kesan sampingannya sangat rendah, setaraf dengan hydrocortisone. Hydrocortisone pula adalah steroid yang paling lembut (tidak kuat) dan mempunyai kesan sampingan yang rendah.
0 Comments Received
Leave A Reply