Klimaks boleh berlaku apabila pasangan berada dalam mood berahi

?SAYA ingin mengetahui adakah faktor penis suami yang pendek menyebabkan saya sukar klimaks? Kerana kegagalan itu adakah sukar untuk saya memperoleh cahaya mata. Boleh doktor terangkan bahagian badan wanita yang boleh timbul rasa terangsang?


Ketika membuat pemeriksaan kesihatan, doktor memberitahu rahim saya dalam keadaan songsang. Doktor pernah mengajar saya cara yang perlu untuk bersama suami kerana kedudukan rahim yang songsang tetapi masih gagal mendapatkan kepuasan dalam hubungan kelamin.

NURLISA,
Melalui e-mel.


KLIMAKS itu ialah kemuncak rangsangan yang dialami satu anggota tubuh badan yang sensitif kepada sentuhan. Kadangkala klimaks boleh dialami dengan begitu cepat apabila beberapa anggota tubuh badan yang sensitif dengan sentuhan terangsang dengan sentuhan yang dilakukan secara serentak.

Klimaks boleh juga berlaku apabila indvidu yang sedang menghayati rangsangan anggota tubuh badan yang sensitif kepada sentuhan berada dalam mood berahi dan berkhayal sambil menikmati perasaan gelora yang sedang berlaku kepada tubuh badannya.

Wanita perlu tahu bahagian tubuh badannya yang merangsangkannya. Bahagian ini dikenali sebagai anggota tubuh badan yang merangsang syahwat atau 'erogenous zones'.

Bahagian ini termasuk keseluruhan muka, iaitu bibir, lidah, kelopak mata, telinga, leher, tengkuk dan bahagian bawah tengkuk dan leher.

Selain itu payu dara, puting, tompok 'areolar', pusat, bahu, ketiak, tundun, kelengkang, bibir besar, bibir kecil, klitoris, permukaan vulva, pembukaan faraj, bahagian luar lubang najis, bahagian antara punggung, belakang paha, tumit dan ibu jari.

Cara yang berkesan untuk menghayati sentuhan yang mengghairahkan itu ialah ketika berada dalam keadaan tenang dan selesa. Sentuhan itu boleh dilakukan dengan menggunakan losen pelembap yang beraroma yang selesa untuk wanita itu.

Wanita itu yang memberi panduan kepada pasangannya pada bahagian mana yang perlu dimulakan dahulu. Klimaks boleh berlaku dengan sentuhan intim tanpa penetrasi zakar. Sentuhan intim boleh dilakukan dengan sentuhan, jari, tangan, mulut dan lidah. Jika hubungan penetrasi diperlukan, wanita itu boleh menyalurkan ereksi suami ke pembukaan anggota sulitnya dan mengemutkan corong faraj supaya dia dapat menikmati geselan kepada bahagian faraj yang memberi rangsangan kepadanya.

Tempat ini ialah di bahagian atas faraj, bahagian yang dikenali sebagai langit faraj yang ada bahagian sensitif yang dikenali sebagai 'G'spot (3cm dari pembukaan faraj). Dia boleh memposisikan anggota sulitnya supaya dia dapat rasa kekuatan anggota sulit pasangannya.

Suami tidak menentukan kemuncak klimaks isteri. Dia hanya memberi kerjasama dan mengikut panduannya yang mana tanpa kedua-dua ini mereka akan mengalami hubungan seksual yang hambar.

Mengenai anggota sulit lelaki yang pendek atau kecil, ia bukan satu isu jika zakar tidak pernah terlepas ketika suami menghayunkan badannya dengan ereksi suami masih kekal dalam corong faraj. Hanya bahagian 1/3 corong faraj bahagian luar yang mengandungi urat saraf yang dapat menerima rasa sentuhan.

Bahagian 2/3 corong faraj bahagian dalam hanya dapat rasa getaran dan perasaan kembang kuncup. Jadi tidak hairan jika sesetengah wanita dapat merasa pancutan air mani suami, itu pun jika dia tumpukan perhatian kepada farajnya ketika bersetubuh dengan pasangan. Jika ereksi suami kerap terkeluar itu petanda ereksi pendek dan perkara ini boleh dipulihkan dengan menggunakan alat andropenis (www.andromedical.com).

Jika air mani masuk dalam faraj kemungkinan wanita itu hamil ada walaupun wanita itu tidak klimaks. Sedangkan wanita yang dirogol boleh hamil! Saya syorkan puan mengenali tubuh badan puan secara mendalam, ketahui bahagian tubuh badan yang sensitif dengan sentuhan dan jangan ada perasaan malu atau takut ketika bersetubuh. Berikan tumpuan kepada anggota tubuh badan yang sedang mengalami rangsangan dan beri panduan kepada pasangan supaya pasangan dapat memberi kerjasama yang lebih padu.

Puan yang menentukan hala tuju rangsangan yang puan alami itu sama ada akan sampai kemuncak atau sebaliknya. Jangan takut dengan perasaan yang luar biasa (kadangkala sebelum kemuncak akan terasa macam mahu kencing!), teruskan hayati perasaan itu kerana kemungkinan akan terkencing tidak akan berlaku, kemungkinan pancutan air mani (female ejaculation) boleh berlaku. Jika masih gagal lagi untuk mencapai kemuncak, elok jumpa kaunselor yang arif tentang pengendalian masalah ini bersama suami.

FAKTA
Bahagian merangsang syahwat


  • keseluruhan muka
  • bibir
  • lidah
  • kelopak mata
  • telinga
  • leher
  • tengkuk
  • bahagian bawah tengkuk
  • payu dara
  • puting
  • tompok 'areolar'
  • pusat
  • bahu
  • ketiak
  • tundun
  • kelengkang
  • bibir besar
  • bibir kecil
  • klitoris
  • permukaan vulva
  • pembukaan faraj
  • bahagian luar lubang najis
  • bahagian antara punggung
  • belakang paha
  • tumit
  • ibu jari

    Sentuhan intim boleh dilakukan pada bahagian

  • jari
  • tangan
  • mulut
  • lidah