Tip 1
Apabila kita berjumpa dengan doktor, pastikan kita menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh doktor dengan tepat dan cepat. Ingat Doktor bukannya Magician. Jangan fikir bila doktor tengok kita berjalan masuk hospital je, boleh tahu kita sakit apa. Impossible. Jadi apa yang paling penting , jawab soalan dengan tepat dan jujur. Ceh, macam jawab exam plak.hehe
But seriously, this is very important. ok .
Contoh senario dan perbualan sebenar yang perlu DIELAKKAN:
Doktor: Encik, dah berapa lama sakit perut ni?
Pesakit: Dah lama, doktor.
Doktor: Berapa hari?
Pesakit: Eh, laaaaama lah doktor. Memang lama dah ni.
Doktor: Yelah encik, sebulan tu lama, setahun pun lama, sepuluh tahun pun lama.
Pesakit: Eh takdalah doktor, saya sakit perut dah 5 hari.
Contoh senario dan perbualan sebenar yang kedua yang perlu DIELAKKAN:
Doktor: Selamat pagi, puan. Boleh saya tahu puan ada masalah atau sakit apa?
Pesakit: Doktor, saya datang hospital ni, mestilah sakit. Doktor lah yang kena tahu saya sakit apa.
Doktor: yelah puan, sakit kepala ke, sakit perut ke, demam ke, mestilah ada sebab puan datang hospital kan?
Pesakit: oo, saya sakit perut. dah 2 hari, doktor. tak okey-okey juga.
Doktor: Selain sakit perut, ada lagi masalah lain?
Pesakit: Takda.
Doktor: Cirit-birit, muntah atau demam?
Pesakit: oh ada. cirit birit .
Contoh senario dan perbualan yang sebenar yang DIGALAKKAN:
Doktor: Selamat pagi, encik. Ada masalah apa yang boleh saya bantu?
Pesakit: Saya sakit perut, doktor
Doktor: Berapa lama sakit perut?
Pesakit: Adalah 2 hari , doktor
Doktor: Lain-lain masalah ada?
Pesakit: Ye. ada doktor, saya ada muntah dan cirit birit gak. Demam pun ada, doktor. Sama gak, dah 2 hari macam ni.
Kesimpulan
Kedua-dua senario di atas yang perlu DIELAKKAN menunjukkan pesakit tidak menjawab soalan doktor. Ingat doktor bukannya tengok 1 pesakit je dalam 1 hari, tapi beratus pesakit yang kena diperiksa. Jadi kalau kita tidak menjawab soalan dengan tepat dan cepat, Kita akan melambatkan prosedur dan rawatan di hospital. Dan orang lain akan menunggu giliran lebih lama.
Selain daripada pemeriksaan badan dan darah pesakit, doktor juga sangat memerlukan maklumat dari pesakit untuk mendapatkan diagnosis sesuatu penyakit dengan tepat. Pastikan kita memberi segala maklumat dengan jujur.
Pastikan kita bercakap dengan sopan dengan orang lain walaupun kita dalam keadaan yang sangat sakit. Ingat doktor juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Ceewah, jiwang karat plak. hehe
My friend pernah bagitau kat aku, kalau nak tengok perangai orang yang sebenarnya, tengok masa dia dalam keadaan sakit. Masa tulah boleh tengok perangai orang yang sebenar sama ada dia sopan, sabar atau pun tidak. Tak tau lah betul atau tak. hehe.
P/S: Harap-harap , tips ni berguna untuk kita semua. Tips ini memberi faedah supaya kita mendapat rawatan yang tepat dan juga memudahkan dan mempercepatkan proses rawatan di hospital. So kita pun, tak payah lah menunggu giliran lama sangat kat hospital. Betul tak?
0 Comments Received
Leave A Reply