“SETAKAT letak amaran ‘Merokok Membahayakan Kesihatan’ tidak memberi kesan pada lelaki. Kita patut ikut contoh amaran pada kotak rokok di Indonesia yang tertulis ‘Merokok Membahayakan Kesihatan dan Menyebabkan Impoten’.
“Lelaki memang takut jika perkataan ini ada pada mereka,” kata seorang teman yang bekerja di sebuah pusat kesuburan di ibu kota.
Kata-kata ini lahir daripada kekecewaannya terhadap sikap lelaki yang kurang memberi kerjasama kepada isteri dalam usaha mendapatkan anak.
Kerjasama di sini bukan sekadar menemani isteri atau menepati temujanji dengan pakar embriologi, tetapi mesti sanggup mengorbankan tabiat merokok yang boleh meracuni sperma mereka.
Sama ada tidak tahu, tidak sedar atau sengaja tidak ambil endah, tetapi inilah hakikatnya. Kajian American State University mendapati sperma perokok lelaki mengalami perubahan yang menyebabkan proses persenyawaan menjadi sukar.
Kajian terbaru yang diketuai Profesor Madya Lani Burkman dari Jabatan Ginekologi dan Obstetrik universiti itu juga menunjukkan, nikotin dan hasil sampingannya, nikotinin yang diletakkan pada sperma dalam makmal menyebabkan perubahan pada gaya gerakan sperma.
Walaupun ada sperma berjaya menembusi dinding telur (ovum) ia tidak melekat kuat. Pada masa sama, jika ekor sperma tidak cukup kuat ia tidak akan berjaya berenang mendekati ovum. Kajian itu juga mendapati, perokok tegar (individu yang merokok sekurang-kurangnya empat batang sehari selama dua tahun) dikatakan 75 peratus kurang subur berbanding bukan perokok.
Semua perubahan ini berlaku kerana kandungan bahan dalam tembakau boleh meniru bahan kimia semula jadi badan, iaitu asetilkolin. Asetilkolin ialah kimia yang membawa maklumat ke sel saraf dan ketidakseimbangannya boleh memberi kesan kepada tekanan darah, corak tidur, ingatan, fungsi mental dan aktiviti seksual.
Selain memberi kesan kepada kualiti sperma, asap rokok mempengaruhi sistem saraf, hormon dan vaskular. Seperkara yang perokok perlu tahu ialah, ketiga-tiga sistem ini ‘bekerja bersama-sama’ dengan tisu otot untuk mengekalkan ereksi.
Kajian sebelumnya yang dijalankan ke atas 1,290 lelaki yang mendapatkan rawatan impotensi di Massachusetts, Amerika Syarikat mendapati, 56 peratus perokok menghadapi risiko dua kali ganda untuk mengalami masalah impoten berbanding lelaki tidak merokok.
Namun bagi perokok tegar, kajian ini tidak memberi makna kepada mereka. Apatah lagi mereka yang berupaya mendapatkan anak walaupun sudah berbelas (atau berpuluh tahun) merokok. Dakwaan ini ada benarnya dan orang seperti ini dianggap individu yang bertuah serta perlu bersyukur.
Banyak pasangan terpaksa berhabis, malah bergolok bergadai untuk mendapatkan anak kerana masalah kesuburan, kekurangan sperma atau sperma tidak normal. Bahkan ada juga yang tetap tidak dapat anak, walaupun berhenti merokok.
Ketua Pakar Embriologi, Pusat Kesuburan Konsep, Yee Siew Yin, berkata dianggarkan 60 hingga 70 peratus perokok mengalami masalah kesuburan.
Hanya 30 hingga 40 peratus termasuk dalam kumpulan bertuah yang tetap ‘subur’ dan boleh mendapat anak, walaupun bermacam jenis racun tersimpan dalam badan mereka.
Katanya, racun daripada asap rokok memberi kesan jangka panjang kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sel yang bertanggungjawab menghasilkan sperma, mengakibatkan kurang sperma dihasilkan.
“Asap rokok juga boleh mengubah bentuk sperma. Pada umumnya lelaki subur mesti mempunyai sekurang-kurangnya 20 juta sperma dalam setiap mililiter air mani dan daripada jumlah ini hanya 15 peratus mempunyai bentuk normal dan boleh berenang aktif untuk sampai ke telur. Bagi perokok, jumlah ini jauh lebih rendah dan tidak cukup untuk membuatkan pasangan mengandung.
“Pada keadaan biasa, sperma mengambil masa dua hingga tiga hari untuk sampai ke telur, tetapi asap rokok melambatkan pergerakan sperma yang menyebabkan ia terpaksa berenang antara empat hingga lima hari,” katanya.
Ini menyukarkan proses persenyawaan dan peluang mendapat anak semakin tipis. Secara umumnya, rokok memberi kesan negatif terhadap kesihatan seksual lelaki melalui empat cara iaitu:
Mengurangkan kadar ejakulasi.
Merendahkan bilangan sperma.
Mengubah bentuk sperma kepada tidak normal (ingat, hanya 15 peratus sperma yang normal dan boleh bergerak pantas untuk sampai ke telur).
Melambatkan pergerakan sperma.
Sebenarnya kepala sperma ada satu lapisan seperti tudung dipanggil akrosom yang berfungsi sebagai enzim untuk ‘menebuk’ lubang pada dinding telur (zona pellucida) bagi membolehkan ia masuk dan mensenyawakan telur.
Bagaimanapun, sperma perokok tidak mempunyai lapisan akrosom ini. Ini menyebabkan sperma perokok tidak boleh masuk ke dalam telur; akhirnya akan mati dan disingkirkan daripada badan.
Namun, ini bukan bermakna perokok tidak boleh mendapat anak. Peluang itu ada, tetapi rendah berbanding lelaki tidak merokok. Bagaimanapun, peluang boleh ditingkatkan dengan berhenti merokok bagi mengelak lebih banyak kerosakan berlaku pada sel yang menghasilkan sperma dan mendapat sperma baru yang sihat.
Walaupun sperma baru diha silkan setiap tiga bulan, kesan racun asap rokok yang tersimpan dalam badan masih boleh memberi kesan. Dianggarkan badan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan selepas berhenti merokok untuk melihat kesan positif pada sperma.
“Air mani bukan lambang kesuburan. Ramai lelaki salah anggap mengenai perkara ini kerana ada lelaki yang tiada sperma langsung. Jadi, jika anda merancang mendapat anak, berhentilah merokok.
“Apabila merokok, anda juga memberi asap (dan racun) kepada orang di sekeliling, terutama isteri, yang dipanggil ‘perokok tahap kedua’. Asap dihidu orang sekeliling sebenarnya lebih berbahaya kerana turut mengandungi 4,000 bahan kimia seperti yang masuk ke paru-paru perokok tetapi pada kuantiti lebih tinggi, dua kali ganda kandungan tar dan lima kali ganda karbon monoksida.
“Lebih teruk, ia turut memberi kesan kepada sel ovari isteri. Sel ovari akan cepat mati dan keadaan ini lama kelamaan menyebabkan saiz ovari mengecut. Ovari yang kecut bukan saja menghasilkan telur tidak berkualiti, tetapi turut menghentikan penghasilan telur, seterusnya mengakibatkan wanita menopaus awal. Jika mengandung, ada risiko melahirkan anak tidak normal,” katanya.
Kajian juga menunjukkan asap rokok suami boleh menyebabkan isteri keguguran, anak mati dalam kandungan (ketika berusia lapan atau sembilan bulan), bayi dilahirkan tidak cukup berat atau ada kecacatan sumbing bibir dan lelangit.
Malah, kata Yee, tabiat merokok anda hari ini bukan hanya mempengaruhi kesihatan diri, tetapi turut memberi kesan kepada kesuburan anak yang bakal dilahirkan, terutama jika anak itu lelaki.
Justeru, jangan berlaku kejam (walaupun secara tidak sedar) kepada isteri dan anak. Jika anda baru mula merancang menambah bilangan keluarga, inilah masa terbaik untuk menghentikan tabiat buruk itu supaya anak dilahirkan tidak menghadapi masalah kesihatan seperti asma, autisme, mendapat jangkitan telinga, kecacatan mata atau lebih teruk, mati dalam kandungan.
Rokok racuni sperma
Search
About Me
Followers
Archives
-
▼
2010
(380)
-
▼
June
(377)
- Ritual-Ritual Kedewasaan yang Berbahaya
- Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki
- Sedut lemak pulih kulit berlapis, ketul
- Produk jagaan, rawatan kulit tidak bezakan jantina
- Dunia :Minuman ringan bergas rosakkan sel manusia
- Dunia :Kopi boleh rawat gout
- Dunia :Kadar obesiti bagai ‘bom jangka barah’
- Dunia :Ibu bapa perokok, anak derita
- Wanita & Keluarga :Teknik urutan badan
- TEKANAN DARAH
- MENGURUSKAN BERAT BADAN
- LEMAK, KOLESTEROL DAN PEMAKANAN
- KESIHATAN REPRODUKTIF (PERANAKAN)
- HOMOCYSTEINE
- BERHENTI MEROKOK
- BERAT BADAN IDEAL: BMI
- SUNBLOCK / SUNSCREEN
- SPIRULINA
- MINYAK IKAN, DHA, EPA, OMEGA-3
- KALSIUM
- DONNA (Glukosamin) penawar gejala osteoartritis
- CHITOSAN
- ANTI-OKSIDANT
- VITAMIN C
- KENAPA ANDA PERLUKAN VITAMIN
- UBAT ORIGINAL DAN UBAT GENERIK
- STEROID
- SELAMATKAH UBAT YANG ANDA AMBIL
- PEMBAZIRAN UBAT
- MENGELAKKAN KERACUNAN UBAT-UBATAN
- ANTIBIOTIK
- Anda tanya doktor jawab: Wanita tiga kali senang d...
- Anda tanya doktor jawab:Pakar Kanak-kanak: Virus, ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Ujian imbas...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Tiada tan...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Tiada haid ...
- Anda tanya doktor jawab:Teknik epidural atasi saki...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Tak tahan b...
- Wanita dan Anda tanya doktor jawab:Seks: Suami sak...
- Anda tanya doktor jawab: Sperma suami amat kurang
- Anda tanya doktor jawab: Senggugut tiada kaitan ke...
- Anda tanya doktor jawab:Pakar kanak-kanak: Selesem...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Selaput d...
- Anda tanya doktor jawab: Rubella boleh cacat janin
- Anda Tanya Doktor Jawab: Suhu badan tinggi, menggi...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Rawatan larutkan batu dal...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Punca air...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Suhu badan tinggi, menggi...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Suami tid...
- Wanita dan Seks: Suami sakit perut mungkin kerana ...
- Anda tanya doktor jawab: Sperma suami amat kurang
- Anda tanya doktor jawab: Pil perancang kurangkan k...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Permulaan haid pada usia ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Pembedaha...
- Anda tanya doktor jawab: Obesiti punca tidur terga...
- Anda tanya doktor jawab: Merokok, tekanan beri kes...
- Anda tanya doktor jawab: Mengandung lagi selepas p...
- Anda tanya doktor jawab: Masalah tekanan air dalam...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Masalah k...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Loya, muntah ketika hamil...
- Anda tanya doktor jawab: Lewat haid mungkin sebab ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Kurang mina...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Kuman, para...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Ketulan d...
- Anda tanya doktor jawab:Kesihatan Anak: CPR bantu ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Kenali baha...
- Anda tanya doktor jawab: Kekurangan sperma berbeza...
- Anda tanya doktor jawab: Kaedah epidural beri kesa...
- Anda tanya doktor jawab: Jangkitan kuman, ubat tah...
- Anda tanya doktor jawab:Jangkitan hepatitis B mela...
- Anda tanya doktor jawab: Jangan takut guna hak
- Anda tanya doktor jawab: Ibu menyusukan anak ketik...
- Anda tanya doktor jawab: Ibu dijangkiti GBS tiada ...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Gambir Sara...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Gadis ris...
- Anda tanya doktor jawab: Fikir dulu sebelum ikat p...
- Anda tanya doktor jawab: Episiotomi untuk kelahira...
- Anda tanya doktor jawab:Pakar Kanak-kanak: Elak fa...
- Anda tanya doktor jawab:Darah tidak padan boleh se...
- Anda tanya doktor jawab:Wanita dan Seks: Cari punc...
- Anda tanya doktor jawab: Buat pemeriksaan jika sen...
- Anda tanya doktor jawab: Buasir tidak halang hamil
- Anda tanya doktor jawab:Wanita & Seks: Buasir jeja...
- Anda tanya doktor jawab: Buang rahim tidak jejas s...
- Anda tanya doktor jawab: Bengkak ovari tidak semes...
- Anda tanya doktor jawab:Bedah endometriosis masih ...
- Anda tanya doktor jawab: Wanita tidak pernah hamil...
- Anda Tanya Doktor Jawab: Penghidap bicornuate uter...
- Anda tanya doktor jawab: Obesiti punca tidur terga...
- Anda tanya doktor jawab: Kaedah epidural beri kesa...
- Anda tanya doktor jawab: Episiotomi untuk kelahira...
- Anda tanya doktor jawab: Darah, lendir mungkin sim...
- Pakar kanak-kanak: Anak alami gatal kulit
- Anda tanya doktor jawab: Berat tidak sepadan usia
- Anda tanya doktor jawab: Air kencing keluar ketika...
- Solat & Quantum Fizik
- HOROSSCOP satu lagi agenda Yahudi
- Soal Jawab Mengenai H1N1
- Tip Pengguna : Tip Membeli Kereta Terpakai
- Lelaki Mudah Tertipu Dengan Makeup Wanita
-
▼
June
(377)
0 Comments Received
Leave A Reply