MENYEBUT tentang epilepsi, tentu ramai yang tidak mengenali penyakit ini. Epilepsi adalah panggilan nama bagi pelepasan (cetusan elektrik) jirim kelabu yang berlaku sekali sekala, secara tiba-tiba, cepat dan keluar dengan banyak.

Penyakit epilepsi ini (atau lebih dikenali sebagai sawan di kalangan orang ramai), sering kali dikaitkan dengan penyakit buatan walaupun secara saintifiknya, ia merupakan penyakit yang berbahaya jika tiada pendedahan awal.

Kerana kurang kefahaman dan kesedaran, sebahagian besar masyarakat menganggap epilepsi berpunca daripada gangguan kuasa ghaib.
Lebih membimbangkan, ramai yang beranggap penghidap penyakit ini 慻ila� atau terencat akal, ataupun ia akan mengakibatkan masalah mental.

Menurut Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Raymond Azman Ali, penyakit ini perlu pengawalan mulai peringkat awal lagi.
� Penyakit epilepsi bukan satu petanda buruk dan memalukan dalam hidup pesakit. Bukan penyakit berjangkit dan tiada masalah mental.

揔ebanyakan pesakit mempunyai tahap kecerdasan otak yang normal mahupun melebihi purata normal.

揗alah, ramai yang menempah kejayaan walaupun menghidap penyakit ini,� jelasnya.

Beliau tidak menafikan, penghidap epilepsi boleh bekerja seperti individu normal lain. Syaratnya, selagi mereka tidak mengendalikan senjata berbahaya atau mengendalikan mesin atau jentera berat.

Begitu juga dengan aktiviti sukan. Ramai yang berpendapat pesakit epilepsi tidak boleh menyertai aktiviti lasak. Ada juga pesakit yang tidak faham berhubung istilah yang digunakan ketika memohon lesen memandu.

Sesetengah pesakit mendakwa, mereka menghidap epilepsi, bukan sawan seperti yang tertera dalam borang. Lebih malang lagi, ramai berpendapat penghidap epilepsi tidak mempunyai masa depan yang baik. Alasan mereka, tiada siapa yang ingin berkahwin dengan penghidap epilepsi.

Kebimbangan paling ketara ialah kemungkinan mereka akan melahirkan anak-anak yang cacat. Sebetulnya, epilepsi boleh dihidapi oleh sesiapa saja. Ini termasuklah mereka yang bijak pandai dan golongan profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan sebagainya.

Menurutnya, epilepsi berpunca daripada gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan, menyebabkan penderitaan serius. Ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.

Adalah dianggarkan, sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka manakala kira-kira dua juta kes baru dilaporkan setiap tahun.

揝awan disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (topi sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot,� ujar beliau.

Dr. Raymond Azman berkata, lain-lain bahagian otak juga boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat.

Secara mudahnya, epilepsi adalah satu gangguan di mana aliran isyarat elektrik di dalam otak menjadi celaru.

Ia kadangkalanya diumpamakan seperti berlaku ribut elektrik di dalam otak. Pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan, pada zahirnya, adalah serangan sawan.

Ia dapat dilihat dalam bentuk sentakan (jerky), menggigil dan terkejang-kejang, bunyi kuat seperti berdengkur atau rebah ke tanah, atau gabungan ketiga-tiganya.

Dalam realitinya, serangan sawan boleh terjadi dalam sebarang bentuk perlakuan atau pergerakan yang tidak disedari atau tidak normal.

Perlu rawatan segera

揝eelok-eloknya, jika seseorang itu diserang penyakit ini dan mengalami gejala kecil berulang-ulang, seharusnya segera ke hospital.

揗isalnya, seseorang yang tiba-tiba berkelakuan pelik seperti berlari tanpa pakaian, kita tidak perlu menganggap dia gila.

揂pa yang perlu dilakukan, bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,� jelasnya.

Tambah Dr. Raymond Azman, antara gejala yang mungkin dialami pesakit ialah berkelakuan pelik seperti menjerit-jerit tanpa sebab dan termenung.

Kelakuan ini mungkin tidak disedari pesakit dan keluarganya tetapi jika ia berlaku, tidak perlu menganggap dia gila.

Menurut Dr. Raymond Azman, oleh kerana pesakit selalunya tidak sedarkan diri, keterangan ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian sangat mustahak bagi mengenal pasti jenis penyakit.

揟anda-tanda paling ketara bagi membezakan epilepsi dengan yang lain adalah, apabila sawan berulang, ada waktu bebas di antara kedua-duanya, pesakit normal dan sifat serangannya serupa.

揝etiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala,� katanya.

Doktor akan menentukan jenis rawatan yang bersesuaian sama ada selepas temu janji pertama jika semua maklumat yang diperlukan diperoleh, ataupun setelah ujian lebih lanjut dilakukan.

Ujian yang dimaksudkan antara lainnya sama ada EEG, rakaman video-EEG, skan CT dan MRI.

Pesakit biasanya diberikan ubat-ubatan antiepileptik (AEDs) yang mempunyai satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.

揝etiap pesakit yang menggunakan antikonvulsi akan mengalami reaksi yang berbeza-beza.

揗isalnya sesetengah pesakit mungkin mendapat kesan sampingan dan pesakit lain tidak atau pesakit dapat mengawal sawan sebaik ubat diambil manakala pesakit lain memerlukan masa yang lebih panjang,� katanya.

Terdapat juga pesakit yang tidak dapat mengawal langsung sawannya walaupun mengambil perubatan antikonvulsi.

Dr. Raymond berkata, apabila sawan pesakit adalah disebabkan oleh ketumbuhan, kecacatan salur darah, parut atau keadaan- keadaan lain, rawatan pembedahan boleh dilakukan.

揓ika puncanya berjaya dibedah keluar, kebiasaannya sawan pesakit turut terhenti.

揚embedahan juga disyorkan untuk mengeluarkan bahagian otak di mana sawan berpunca,� katanya.

Namun, sebelum pembedahan dilakukan seseorang itu perlu memenuhi syarat-syarat yang membolehkan dia dirawat.

揚aling utama, pesakit perlu ada matlamat hidup yang jelas selepas dibedah. Kebanyakan pesakit melalui kehidupan yang berbeza sebelum dan selepas pembedahan.

揝ebelum dibedah, kebanyakan pesakit dijaga dan dimanja oleh keluarga tetapi selepas mereka dirawat, keluarga mengharapkan mereka boleh berdikari.

揓ika pesakit tidak mempunyai matlamat selepas dibedah, maka doktor disarankan jangan meneruskan kaedah rawatan tersebut,� jelasnya.

Tambah beliau, pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai parut atau ketumbuhan di otak di samping pemakanan ubat yang teratur.

Walaupun epilepsi mempunyai rawatan, wanita yang mengandung juga perlu memakan ubat.

揝ecara amnya, pesakit wanita tidak digalak mengandung. Selain ubat-ubatan yang mungkin memberi kesan kepada bayi, ia juga boleh memberi risiko kepada diri sendiri,� jelasnya.

Antara ubat yang disyorkan dan kurang kesan sampingan ialah levetiracetam, topiramate dan lamotrigine.

Dalam konteks ini, masyarakat perlu mengetahui gejala dan punca epilepsi untuk mengawal ia menjadi lebih teruk.

Mengesan lebih awal sejak kanak-kanak adalah lebih baik dan berjumpa doktor pakar tentang penyakit ini perlu untuk kehidupan lebih sejahtera.

Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang, epilepsi dan serangan sawan bukan lagi halangan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja untuk menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit.

Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit, kerana setiap jenisnya memerlukan rawatan yang khusus untuk diubati dengan berkesan.


BERLAWANAN dengan beberapa laporan, satu kajian terbaru mendapati,dadah antiepilepsi oxcarbazepine tidak boleh mencegah sakit kepala ataumigrain.

Dadah antiepilepsi telah lama digunakan untuk mencegah migrain.Namun, Dr. Stephen Silberstein dari Jefferson Headache Center diPhiladelphia dan rakan-rakannya yang menulis dalam jurnal Neurologimenyatakan, dalam laporan mereka bahawa oxcarbazepine tidak dapatmemberi kesan terbaik.

Dalam kajian yang dilakukan lima bulan lalu, penyelidik secararambang telah memberi 170 lelaki dan wanita yang mempunyai sejarahmigrain, dos harian oxcarbazepine atau plasebo tidak aktif.

Kedua-dua kumpulan itu termasuklah mereka yang menghadapi seranganmigrain antara tiga hingga sembilan kali dalam tempoh sebulan.

Keputusan menunjukkan tiada perbezaan antara oxcarbazepine dankumpulan plasebo dalam perubahan terhadap jumlah serangan migrain yangberlaku dari awal hinggalah ke akhir kajian.

Persamaannya, kekurangan terhadap serangan migrain dan jumlahrawatan perubatan untuk rasa sakit yang amat sangat tidak terjejas olehrawatan peruntukan itu.

"Keputusan ujian ini tidak menyokong data sedia ada yangmencadangkan oxcarbazepine amat berkesan dalam mencegah migrain," kataSilberstein dalam satu kenyataan.

"Ketika beberapa dadah epilepsi telah digunakan selama beberapadekad untuk mencegah migrain, oxcarbazepine tidak mencegah migraindalam kajian ini meskipun ia menunjukkan ubat ini selamat."

Silberstein turut menyatakan bahawa tiga ubat epilepsi yang palingberkesan mencegah migrain ialah topiramate, divalproex dan gabapentinyang mempunyai beberapa mekanisme yang boleh merawat migrain.

Ia termasuk kemampuan untuk mengawal unsur kimia otak yang dikenalisebagai GABA. Perbezaannya, oxcarbazepine tidak mempunyai aktivitinyata dalam GABA.

Rawatan efektif epilepsi

DENGAN kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang, epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit.

Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan.

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan butiran lanjut mengenainya.

Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan diri.

Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit.

Doktor mungkin mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dalam otak. Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak, tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI), yang, dalam bahasa mudahnya, menyediakan imbasan imej otak.

Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat dengan menggunakan ubat anti-epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants atau ubat anti-sawan). Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan.

Setiap pesakit memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh itu, doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum.

Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan termasuk jenis sawan, umur pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan, serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit.

Bagi rawatan berkesan, pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubatubatan yang lain, ubat yang dibeli di kedai, atau rawatan herba. Terdapat bahan- bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan mengurangkan keberkesanannya.Untuk hasil rawatan terbaik, pesakit epilepsi perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih dan berlesen.

Sebahagian besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang lama dengan menjalani rawatan yang betul. Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat dengan ubat anti-sawan, bebas daripada serangan penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bagi pesakit dewasa pula, 50 hingga 60 peratus bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat anti-sawan. Bagi mereka yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda, 20 peratus mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang sawan selepas berhenti mengambil ubat, walaupun apabila mencecah usia dewasa. Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan, maka semakin besar peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit itu.

Berjaya

Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain, seperti serangan sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan, tumor atau punca-punca lain. Jika punca-punca tersebut berjaya dirawat atau dibuang, pesakit tidak akan lagi mengalami sawan. Oleh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh 揹iubati� melalui pembedahan.

Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal), tetapi ia hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam otak. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak sesuai dilakukan, maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya dan menjalani rawatan pilihan yang lain.

Doktor akan mengambil pendekatan holistik dan berbincang bukan sahaja mengenai penyakit sawan yang dihidapi dan butiran perubatan, tetapi juga turut merangkumi keseluruhan 慽su-isu mengenai kehidupan� seperti pendidikan, aktiviti sukan, kehidupan sosiol, pekerjaan, malah bercakap mengenai pemanduan, soal perkahwinan dan mengandung.

Keberkesanan pembedahan berbeza; ada pesakit bebas sepenuhnya daripada serangan sawan selepas pembedahan, manakala bagi yang lainnya, jumlah serangan sawan yang mereka alami berkurangan dengan banyaknya. Kebanyakan pesakit boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, dalam mana-mana pembedahan, masih ada risikonya.

Rangsangan saraf vagus (vagus nerve stimulation atau VNS) adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi. Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada pesakit. Wayar dari alat tesebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus menyambung otak ke jantung, paru-paru dan saluran usus dan perut. Alat ini menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang saraf vagus.

VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang atas apa-apa sebab, dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, kaedah rawatan ini mungkin mahal, tambahan pula, bateri yang dipasang pada alat tersebut hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.

Satu lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah diet ketogenik, yang kaya lemak dan rendah karbohiderat. Ia bertujuan untuk mengekalkan 憈ahap lapar� (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan dalam keadaan berpuasa, ia menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga), yang menunjukkan badan sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga.

Cara sebenar bagaimana diet ketogenik itu berfungsi tidak diketahui secara jelas. Ia perlu diperjelaskan di sini bahawa diet ketogenik bukanlah sesuatu diet yang mudah diamalkan, dan ia boleh menyebabkan kesan-kesan seperti tahap asid urik yang tinggi dan menyebabkan batu dalam buah pinggang.

Penyakit sawan semasa mengandung

Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai penyakit sawan, juga dikenali sebagai epilepsi, boleh mengandung normal dan seterusnya melahirkan zuriat yang sihat.

Namun begitu, penyakit sawan ini mempunyai risiko semasa mengandung, lazimnya puan sudah pun tahu yang puan menghidapi penyakit sawan dan dengan utuh dalam perhatian pakar perubatan dalaman/pakar neurologi. Doktor-doktor ini akan menasihati puan sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.

Di hospital peringkat termaju seperti Hospital USM, puan akan menjalani pemeriksaan mengandung di klinik antenatal berkongsi dengan doktor pakar perubatan.

Mereka memberikan penjagaan perubatan serta obstetrik yang optimum supaya kesejahteraan puan serta janin selamat serta tidak berkomplikasi.

Artikel ini akan membimbing puan ke arah,

1. Penjagaan sebelum mengandung.

2. Risiko yang mungkin pada puan serta janin.

3. Perawatan semasa mengandung.

Penyakit sawan dan wanita

Sel saraf di otak menjanakan isyarat berelektrik dalam penghantaran maklumat ke seluruh anggota badan. Maklumat ini bertanggungjawab dalam pengendalian fungsi serta pergerakan badan. Mereka yang mempunyai penyakit sawan, pengendalian serta pengawasan fungsi ini terganggu, langsung memberikan manifestasi dari segi kelakuan, kekejangan otot-otot dan juga sawan.

Hormon wanita iaitu estrogen dan juga progesteron boleh memberikan kesan pada keabnormalan sawan. Sebarang perubahan di antara hormon-hormon tersebut memungkinkan peningkatan ataupun penurunan frekuensi serangan sawan. Mungkin juga pola serangan sawan berubah semasa mengandung dan juga seawal selepas bersalin.

Ubat antisawan/antiepilepsi dapat mengawal serangan sawan, doktor mungkin terpaksa preskripsi beberapa kategori antisawan sebelum ubat yang paling sesuai untuk puan ditetapkan.

Persedian untuk mengandung

Kadangkala ubat antisawan dikurangkan secara perlahan-lahan sekiranya sejarah kesihatan puan tidak ada kehadiran serangan sawan untuk 2 tahun atau lebih.

Mungkin juga doktor tidak mengesyorkan penurunan dos antisawan, mungkin ubat puan akan ditukar pada ubat antisawan jenis lain. Walaubagaimanapun, puan dinasihatkan supaya memberitahu doktor akan niat untuk mengandung seawal mungkin. Sesetngah ubat membahayakan janin, walaubagaimanapun, serangan sawan lebih merbahaya pada puan serta janin.

Pakar perbidanan dan juga pakar perubatan dalaman /neurologi akan berusaha menyelesaikan mencari dos optimum yang bersesuaian, jenis ubat yang selamat dan menghindarkan serangan sawan semasa mengandung.

Ubat antisawan ini memberikan kesan pada penggunaan asid folik oleh badan. Ketidakcukupan asid folik boleh mencacatkan janin. Oleh itu dinasihatkan walaupun tidak berniat untuk mengandung, pengambilan asid folik perlu dilakukan setiap hari.

Sebanyak 0.4 mg asid folik perlu diambil setiap hari sebelum mengandung dan juga semasa tiga bulan mengandung untuk mengurangkan insiden kecacatan janin. Pakar pemakanan di hospital, jika di HUSM, mereka ditempatkan di klinik dietitik, boleh membantu puan dalam pengambilan makanan tempatan yang kaya dengan asid folik.

Risiko pada wanita

Kekerapan serangan berubah semasa mengandung, ada yang menjadi lebih kerap, ada juga yang seperti sebelumnya dan ramai pula yang menjadi lebih selesa.

Paras ubat antisawan dalam darah puan perlu diamati sekiranya serangan semakin kerap. Disebabkan perubahan ketara fisiologi badan semasa mengandung, perubahan hormon dan juga perubahan terhadap metabolisma badan terhadap ubat, ujian darah diperlukan untuk menentukan keberkesanan dos ubat antisawan yang diberikan.

Risiko pada bayi

Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacat dalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambah menjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yang digunakan. Di antara jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:

1. Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.

2. Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.

3. Bayi yang rendah berat kelahirannya

4. Kepala kecil

5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangan.

6. Terencat mental

7. Masalah pembekuan darah

8. Masalah sawan pada masa hadapan.

Kelahiran

Kelahiran secara normal dibolehkan, kelahiran secara pembedahan hanya apabila pemasalahan obstetrik timbul.

Jagaan selepas bersalin

Perubahan fisiologi badan puan selepas bersalin ke arah sebelum mengandung mengharuskan pertukaran dos dan jenis ubat antisawan yang digunakan. Ubat antisawan ini juga boleh menganggu paras hormon di badan puan. Ini memberikan kesan keberkesanan pada kaedah perancangan keluarga.

Mungkin kaedah berlandaskan hormon menjadi kurang berkesan dan perlu diiringi dengan penggunaan metoda lain seperti kondom, ubat pembunuh sperma dan sebagainya.

Sejurus kelahiran, bayi akan disuntik dengan vitamin K, ini adalah kerana paras vitamin K yang kurang dengan penggunaan ubat antisawan. Vitamin K membantu dalam sistem pembekuan darah.

Penyusuan badan dibenarkan, hanya sedikit sahaja paras ubat antisawan terdapat dalam susu badan, walau bagaimanapun, ketetapan ini akan ditentukan oleh doktor yang merawat puan.

- Prof. Dr Raymond Azman Ali adalah perunding kanan neurologi di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan juga Pengerusi Majlis Epilepsi, sebuah badan kepakaran khusus di bawah Persatuan Neurosains Malaysia.



Untuk maklumat lanjut mengenai epilepsi, sila layari www.epilepsy.org.my atau www.livebeyondepilepsy.com