BEBERAPA tahun lalu, saya telah disahkan menghidap buasir (hanya berlaku pendarahan dan ia tidak terkeluar). Sehingga kini pendarahan masih berlaku (setiap hari), tetapi saya tidak mengambil sebarang ubat. Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya risau apakah kesannya kepada hubungan seks dan lebih-lebih lagi kehamilan.


NOOR,
Wilayah Persekutuan KL


PENYAKIT buasir memang merunsingkan jika kerap berdarah apabila buang air besar. Apabila ini berlaku pemeriksaan perlu dilakukan oleh doktor untuk mengenalpasti dari mana pendarahan itu berlaku.

Jika pendarahan itu akibat luka di pembukaan lubang najis, ia dikenali sebagai 'anal fissure'. Ketika pendarahan ini pembuluh darah ven yang terjojol dari paras rektum ini dikenali sebagai buasir dalaman dan jika pembuluh darah ven terjojol dari paras. anusa, bahagian bawah rektum ini dikenali sebagai buasir luaran. Kadangkala buasir dalaman boleh terjojol keluar dan kelihatan sebagai buasir luaran.

Buasir berlaku akibat pembuluh darah ven yang tidak mudah mengecut, mungkin akibat kekurangan tisu elastik dan ini ada kaitan dengan kebakaan. Kebetulan pula, individu yang kerap sangat meneran mendapati dia mudah rasa sembelit dan kesudahannya pendarahan akibat daripada pembuluh darah yang terjojol keluar pecah, maka berlaku pendarahan.

Biasanya pembuluh darah yang kecil yang mudah pecah dan yang besar akan kelihatan terjojol di permukaan lubang najis. Sudah tentu jika perkara ini tidak mendapat apa-apa rawatan, ia akan menjadi kronik dan pendarahan boleh berlaku.

Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu kesihatan untuk perempuan kerana kekurangan zat besi. Kehamilan boleh memberatkan masalah ini.

Dari segi hubungan kelamin, pendarahan boleh juga berlaku apabila wanita itu mengemut pembukaan faraj ketika ereksi masuk. Tekanan akibat kemutan tadi boleh menyebabkan pendarahan jika buasir bengkak. Elok dapat rawatan yang sewajarnya.

Cara untuk menghindari buasir ialah makan banyak makanan yang berserat dan minum air banyak. Jangan tahan buang air besar dan jangan meneran. Ada ubat yang dapat mengukuhkan pembuluh darah ven rektum dan anus. Kebengkakan bahagian itu boleh diatasi dengan ubat nyah radang.

Kesan jangka panjang buasir ialah pembukaan faraj longgar dan hubungan keintiman tidak lagi menyeronokkan. Ini berlaku kerana daya otot kemut menurun kerana keadaan sakit yang berlaku apabila wanita yang menghidap buasir itu mengemut.