Permulaan kata pembuka bicara.
sebagai pendatang baru dalam arena ini cukup terasa janggal dalam memilih baris kata menyusun ayat.
Baru sahaja mahu bertatih bermain blog.
Sebenarnya begitu teruja dengan muda mudi yang setahun jagung umur tapi sudah bergelar otai dalam alam cyber ini.Kata orang besar jangan disangka bapa kecil jangan disangka anak.
Zaman kini ilmu bergerak begitu pantas sehingga menjangkau waktu.Perkembagan alam cyber contohnya telah meninggalkan generasi emas dahulu kala mengaru kepala yang tak gatal mencari maksud terma terma yang apa-apa entah digunakan oleh pembahas cyber.
Saya juga tak terkecuali masih terkapai kapai menyelami lautan cyber.Katanya disini kita boleh jumpa dengan pelbagai jenis makhluk dengan pelbagai ragam yang perlu dihadapi.Di sini juga menjadi lubuk bagi segala lubuk untuk mereka yang tahu mana jalannya.Apa taknya, di sinilah lubuk ilmu, di sini juga lubuk wang, juga lubuk kenalan, dan juga lubuk hiburan dan banyak lagi yang boleh diterokai.Tinggal lagi mahu atau tidak.
Semoga titik permulaan ini menjadi langkah pertama untuk menyusul seribu langkah terkemudian.
Salam perkenalan untuk semua.
PEMBUKA BICARA
Search
About Me
Followers